Herba Talasemia
Herba - Talasemia |
Perubahan yang dapat di lihat bagi kanak-kanak yang menghidap talasemia ialah kelesuan, tidak bermaya dan bahagian abdomen akan membesar di sebabkan pembesaran limpa dan hati yang tidak seragam. Ini adalah di antara tanda-tanda yang biasa dan terdapat beberapa tanda lain seperti kaki, tangan, lidah dan bibir pucat, kelesuan yang keterlaluan, tidak mempunyai selera atau hilang selera makan dan sesak nafas.
Jenis-Jenis Talasemia
Talasemia terbahagi kepada tiga jenis iaitu:Ā
Talasemia major atau lebih di kenali sebagai Cooley's anemia iaitu bersempena nama doktor yang pertama menjumpai penyakit ini pada tahun 1925.
Talasemia intermedia, Cooley's anemia yang sederhana.Ā
Talasemia minor,bagi penghidap talasemia jenis ini ianya tidak mempunyai gejala tetapi terdapat perubahan dalam darah.
UJIAN MENGENAL PASTI TALASEMIA?Ā
Biasanya Ujian darah dan kajian genetik keluarga di jalankan bagi membolehkan seseorang itu di kenalpasti sama ada mempunyai talasemia atau hanya pembawa.
GEJALA DAN KESANĀ
Bagi kanak-kanak yang menghidap talasemia major sewaktu kelahiran mereka sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda. Tetapi mereka mula menunjukkan tanda seawal usia 6 bulan.Mereka kelihatan letih dan pucat. Selera makan juga berkurangan dan perut membengkak di sebabkan pembesaran hati dan limpa.Tanda atau gejala lain yang biasanya kelihatan ialah:
- Pembesaran agak perlahan
- Jaundis
- Tulang nipis dan rapuh (sekiranya tiada rawatan di berikan)
- Permukaan tulang berubah
- Penyakit jantung
![]() |
Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star |