toleherba

Herba Angina Pektoris (Sakit Dada)

Cure Kl Cure Malaysia  

Herba Untuk Angina Pektoris (Sakit Dada)

Kekurangan pengaliran darah ke jantung adalah faktor utama angina pektoris ini berlaku. Angina adalah kesakitan yang dialami pada dada yang bersifat sementara. Otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu tertentu seperti semasa melakukan senaman ataupun tekanan. Jika pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke jantung terjejas ini menyebabkan penyakit ini berlaku. Faktor lain yang menjadi penyebab adalah penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular.

Faktor penyebab atau risiko angina pektoris ini juga boleh di kategorikan kepada 2 bahagian iaitu bolehubah dan tak bolehubah. Antara risiko bolehubah adalah seperti:

  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Kandungan kolesterol darah yang tinggi
  • Tekanan psikologi
  • Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus)
  • Kegemukan (Obesiti )

Faktor tak bolehubah

  • Sejarah keluarga berpenyakit jantung.
  • Peningkatan umur

Aktiviti harian dan pemakanan juga mempengaruhi penyakit ini.Keadaan cuaca yang terlalu panas, sejuk dan aktiviti fizikal juga boleh menyebabkan gangguan kepada pengaliran udara ke jantung.

Tanda-tanda atau gejala yang sering dihadapi bagi pesakit angina pektoris

Biasanya pesakit akan mengadu sakit dada yang datang secara tiba-tiba. Keadaan ini biasanya berlaku selepas melakukan senaman atau semasa makan. Mereka juga akan merasa kurang selesa dan pedih di bahagian ulu hati terutama selepas makan.Kesakitan yang di alami biasanya mengambil masa 5 ke 10 minit dan kadangkala berlarutan hingga 30 minit atau lebih. Pesakit angina pektoris juga akan mengalami sesak nafas dan muka akan kelihatan pucat, ini adalah di sebabkan pengaliran udara ke jantung berkurangan. Jika langkah pencegahan segera tidak diambil semasa serangan berlaku boleh mengakibat komplikasi seperti serangan jantung dan boleh menyebabkan fungsi jantung terhenti.

Lain-lain Pautan

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

toleherba
By Aen.