Herba Gout
Herba Gout |
Ciri-ciri penghidap gout
Penghidap gout akan mengalami peningkatan asid urik kerana mereka bermasalah dalam penyingkiran asid tersebut. Biasanya peningkatan asid urik ini berkaitan dengan usia, penyakit lain dan keturunan.
Tanda atau Gejala penghidap gout
- Sendi membengkak, kemerahan dan sakit yang melampau yang datang secara mengejut.
- Kadangkala penghidap akan mengalami demam.
- Bengkak pada ibu jari kaki.
Gout boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu asimptomatik, akut, interkritikal dan kronik. Pada peringkat asimptomatik(pertama) aras asid urik plasma mulai bertambah tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala. Biasanya serangan yang berlaku adalah menandakan peringkat kedua telah bermula(akut). Pada peringkat ini serangan yang tidak teruk biasanya akan hilang dalam tempoh yang singkat, namun bagi serangan yang teruk keadaan mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu bergantung kepada keadaan. Kebiasaannya pesakit akan melalui peringkat yang dikenali sebagai interkritikal dimana pada masa ini pesakit bebas daripada sebarang gejala dalam tempoh waktu yang tertentu selepas serangan pertama.
Gout kronik biasanya dikaitkan dengan serangan yang lebih kerap. Serangan ini melibatkan banyak sendi pada satu-satu masa serangan dan jika keadaan ini berada pada tahap kronik kerosakan ginjal dan hipertensi akan berlaku.
![]() |
Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star |
:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO :: |