toleherba

Pengenalan

Cure Kl Cure Malaysia

SEJARAH AKUPUNKTUR

Pada kurun ke 17, akupunktur sudah mula terkenal di China. Di negara ini ia mula bertapak kira-kira 150 tahun lalu. Akupunktur dan perubatan herba tradisional telah di ajar sama seperti kursus professional yang setaraf dan setanding dengannya. Di hospital barat, ia adalah rawatan yang sering di gunakan dalam merawat apa jua penyakit. Pembedahan juga adalah daripada akupunktur-narkotik (ubat pelali). Kini, kebanyakan hospital telah di lengkapi dengan pelbagai rawatan untuk penyakit di Malaysia.

Akupunktur mengalami revolusi kaedah perawatan yang lebih saintifik. Pada zaman dahulu, sebut sahaja akupunktur, secara spontan orang ramai pasti akan membayangkan rawatan tradisional Cina yang menggunakan jarum-jarum halus untuk "mencucuk kulit" satu keadaan yang sungguh menyakitkan.

Namun sebilangan besar masyarakat Cina mempercayai bahawa ia adalah satu kaedah berkesan bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit, setelah di sahihkan berdasarkan amalan dan pengalaman sejak ribuan tahun.

Kaedah tradisional akupunktur adalah cara yang di lakukan oleh masyarakat China untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan masalah tenaga dalam tubuh. Akupunktur juga sering menjadi pilihan apabila pelbagai kaedah perubatan moden di cuba gagal memberi hasil yang sepatutnya.

Rawatan tradisional akupunktur mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Di sebalik kesakitan itu, orang ramai percaya bahawa akupunktur boleh merawat pelbagai penyakit termasuklah "stroke" dan asthma. Akupunktur telah mengalami beberapa perubahan sejak ia mula dipraktikkan.

Fungsi utama akupunktur ialah mampu mengalirkan semula "Qi" atau tenaga di dalam badan seseorang. Apabila seseorang itu sakit, ia adalah di sebabkan Yin atau Yang iaitu 2 'tenaga' yang gagal di seimbangkan dengan baik. Akupunktur bertindak dengan mengimbangkan semula kedua-dua tenaga itu di dalam badan kita.

Bermula dari zaman primitif hinggalah ke penghujung abad ke-20, kaedah yang di gunakan dalam akupunktur diperbaharui dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak ditenggelami oleh peralatan-peralatan canggih ciptaan para saintis.

Kira-kira lima ribu tahun lalu, Orang Asli telah mengetahui akupunktur. Bezanya ialah mereka menggunakan batu-batan yang di panaskan dan di balut dengan kulit binatang, seterusnya di tekankan di bahagian-bahagian tertentu pada badan bagi merawat penyakit-penyakit yang di hadapi seseorang. Kemudian 'jarum tulang' dan 'jarum buluh' telah di cipta sehinggalah jarum yang di perbuat daripada logam di perkenalkan. Di awal penggunaan jarum logam ini, ia bersaz besar dan ini menyebabkan orang ramai takut untuk mendapatkan rawatan dan ini menyebabkan rawatan ini sukar berkembang. Namun kini, jarum halus yang diperbuat daripada stainless steel dan 6 logam lain telah di perkenalkan. Jarum yang besar tadi masih di gunakan kira-kira 15 tahun lalu dan kini ianya hanya untuk perubatan pada haiwan.

Jarum-jarum halus ini akan di sambungkan pula dengan wayar-wayar elektrik ke mesin akupunktur selaras dengan perkembangan teknologi. Mesin akupunktur ini diimport khas dari negara China. Sebagaimana yang kita ketahui, akupunktur mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti gastrik, sakit tulang, autistic, sakit pinggang, kanser, asma dan lain-lain lagi.Tempoh rawatan bagi setiap penyakit dan pesakit adalah berbeza bergantung kepada tahap kesihatan organ lain, sejarah perubatan, usia dan beberapa faktor lain.


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

WATCH MORE VIDEO HERE!!

 

 

 
toleherba
By Aen.