Herba SLE
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE). SLE adalah sejenis penyakit kronik yang tidak berapa di ketahui ramai namun ia tidak boleh di pandang ringan kerana ia boleh menyerang setiap anggota badan dan boleh membawa kepada kematian. Ia terjadi apabila sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri.  | 
                  
Organ-organ dalaman yang biasanya turut terlibat ialah seperti jantung, paru-paru, buah pinggang dan juga sistem saraf. Diskoid Lupus pula adalah penyakit yang hanya melibatkan tisu kulit dan tidak menyerang organ-organ dalaman.
Faktor penyebab SLE
Faktor utama masih tidak dapat di kenalpasti, namun ia berkemungkinan besar terjadi daripada faktor genetik, jangkitan kuman atau virus, ubat-ubatan dan juga sinaran Ultraviolet.
Wanita mempunyai peratus yang tinggi berbanding lelaki menghidap penyakit ini. Ini menunjukkan hormon pada wanita memainkan peranan penting. Apa yang pasti ianya bukanlah penyakit keturunan dan yang pasti risiko untuk mendapat adalah tinggi sekiranya mempunyai gabungan gen tertentu.Bagi wanita yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 50 tahun iaitu di peringkat usia yang boleh melahirkan anak mempunyai risiko yang paling tinggi.Ini tidak bermakna mereka di larang untuk mengandung, sebaliknya memerlukan rawatan yang rapi untuk mengelak sebarang komplikasi kepada ibu dan janin.
Tanda-tanda Diskoid Lupus
Biasanya terdapat ruam di muka, kepala dan anggota badan yang lain. Di pinggiran ruam tersebut akan kemerahan dan tidak merasa sakit atau gatal. Diskoid lupus hanya melibatkan tisu kulit dan tidak menyerang organ-organ lain. Ia akan meninggalkan parut sebaik sahaja ia pulih.
Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
Antara simptom yang terdapat pada pesakit ialah :
- Sering mengalami selesema
- Demam yang berlarutan
- Ulser mulut
- Keguguran rambut
- Sakit sendi dan lesu
- Sensitif kepada cahaya matahari
- Ruam pada muka dan anggota badan yang lain.
- Muka dan batang hidung kemerah-merahan
- Mengalami radang pada organ dalaman dan kulit. Kesannya bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya jika berlaku inflamasi otak, pesakit akan merasa sakit kepala, sawan atau menghadapi masalah mental manakala jika ianya melibatkan buah pinggang, pengeluaran protein yang berlebihan akan berlaku dalam air kencing dan kaki akan membengkak. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang cepat kemungkinan besar boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang.
			      Jika mengandung ketika SLE dalam fasa aktif, tahap kesihatan wanita akan        merosot dan mereka biasanya menghadapi masalah tekanan darah tinggi, kulit        menjadi merah dan berasa panas, keguguran atau bersalin tidak cukup bulan.
  
			      Jantung tersumbat
  
			      Dalam sesetengah kes, bayi mengalami masalah jantung tersumbat separa atau        sepenuhnya. Kesan kulit merah dan rasa panas biasanya dialami ketika        trimester kedua dan ketiga serta pos-partum (enam minggu selepas bersalin).
  
			      Pemeriksaan secara teratur sangat penting. Pesakit dinasihatkan pergi ke        klinik gabungan yang turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan obstetrik,        selain pemeriksaan biasa.
  
  "Pesakit SLE perlu mematuhi jadual pemeriksaan bagi membolehkan doktor        memantau keaktifan penyakit dengan membuat ujian darah. Ujian ini        merangkumi pemeriksaan antibodi anti-Ro dan anti-La yang menjadi penanda        kepada beberapa komplikasi ke atas janin, seperti jantung tersumbat        sepenuhnya atau separa dan Sindrom Lupus Neonatal.
  
  "Tidak perlu terlalu risau kerana walaupun anda mempunyai anti-Ro dan        anti-La, kebarangkalian anak menghadapi masalah jantung adalah sangat        rendah iaitu dua peratus saja," kata seorang doktor.
  
			      Sindrom Lupus Neonatal akan menyebabkan bayi sering mengalami masalah ruam,        namun ia akan hilang dengan sendiri selepas enam bulan. Jantung tersumbat        separa boleh diatasi dengan penggunaan ubat steroid, tetapi kes jantung        tersumbat sepenuhnya hanya dapat diselamatkan melalui pembedahan.
  
			      Bagi pesakit yang dirawat menggunakan ubat steroid, mereka boleh        mengandung ketika dos ubat yang diberi adalah rendah, iaitu penyakit dalam        fasa tidak aktif. Malah, SLE boleh menyebabkan bersalin lebih awal, sama        ada secara normal atau pembedahan yang ditentukan oleh keadaan pesakit        sendiri.
  
			      Ibu SLE dinasihatkan memberi susu badan kepada bayi walaupun mengambil        ubat steroid, kerana ia biasanya tidak meresap ke dalam susu. Jika ada,        jumlahnya terlalu sedikit dan ia tidak mempengaruhi anak.
  
  "Jika risau, susukan anak dulu sebelum ambil ubat kerana ubat steroid        biasanya boleh diambil sekali sehari, lebih baik daripada tiga kali sehari.        Perlu diingat, ubat anti-gumpalan darah (anti-coagulants) seperti heparin        adalah selamat, manakala cytotoxics, contohnya cyclophosphamide, tidak        selamat," katanya.
  
			      Anak yang dilahirkan ibu SLE biasanya tidak mewarisi penyakit, tetapi        kajian mendapati kanak-kanak lelaki berkemungkinan mengalami masalah        lambat belajar berbanding kanak-kanak perempuan.
  
  Walaupun kedengarannya amat berisiko, tetapi dengan amalan rawatan yang        baik, penghidap SLE boleh melahirkan anak. Amalkan gaya hidup sihat dan        jangan nafikan hak untuk mempunyai zuriat hanya kerana anda ada SLE.
			    
![]()  | 
                      Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba  - The Star   | 
                    
