Herba Kanser Prostat
Herba Kanser Prostat Prostat ialah kelenjar pembiakan lelaki yang menghasilkan air mani.Kebiasaannya kanser prostat menyerang kaum lelaki yang berusia lebih 50 tahun. Sel kanser ini tumbuh di dalam kelenjar prostat secara perlahan-lahan dan biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal ketumbuhan. |
Antara gejala dan tanda-tanda wujudnya sel kanser prostat ialah gangguan pada fungsi pengeluaran air kencing.Penghidap akan merasa kerap membuang air kecil, pengeluaran air kencing perlahan dan sukar pada peringkat permulaan dan kencing tidak lawas.Mereka juga akan mengalami masalah semasa melakukan persetubuhan seperti merasa sakit ketika pancutan air mani atau tidak dapat mengeluarkan air mani.Antara gejala lain ialah mereka akan merasa ketegangan di sesetengah bahagian tubuh terutama pada belakang badan,pinggang dan pangkal peha.Pada peringkat yang agak serius gejala yang sering di hadapi ialah terdapatnya darah di dalam air kencing atau air mani.Selalunya jika seseorang mengalami gejala seperti di atas ini bermakna kanser prostat sudah berada pada tahap yang agak serius, ini kerana bagi kanser prostat di peringkat awal kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala.
![]() |
Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star |