toleherba

Herba Migraine

Cure Kl Cure Malaysia   Herba MIGRAINE

Migraine juga di kenali sebagai vascular headache, manakala dalam bahasa Greek ia di kenali sebagai henimikrania yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala.

Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dam ia juga di kaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi).


Faktor-Faktor penting penyebab Migrain

Keturunan
Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain dan sakit kepala.

Pemakanan
Jenis makanan yang di ambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (Ajinomoto), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain. Sestengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana apabila kandungan gula dalam darah menurun dan menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (allergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi,teh,nescafe dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.

Hormon
Secara terus kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini keran paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu. Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT(hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.

Gaya Hidup Dan Penyebab

- Terlebih, terkurang atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain.Ā

- Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.Ā

- Pengambilan ubat juga boleh meyebabkan migrain. Oleh itu minta nasihat doktor sebelum mengambil ubat.Ā

Ā - Perubahan cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu.Ā

- Bunyi dan bau yang kuat.Ā

- Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.Ā

- Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, samada sebelum atau semasa menghadapi tekanan.Ā

- Merokok.Ā

- Jantina ( 3 - 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki).Ā

Jenis-Jenis Migrain

Classic Migrain
Bagi penghidap migrain jenis ini, kebiasaannya terdapat tanda-tanda awal yang di kenali sebagai aura atau prodrome sebelum berlakunya migrain. Ia berlaku kira-kira 5-15 minit. Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening dan berpusing, sukar bercakap dan fikiran bercelaru.

Ini di sebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghad penghantaran darah. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor.Ā

Common Migrain
Ramai menghidap migrain jenis ini dan ianya terjadi tanpa amaran atau tanda-tanda.

Jenis-Jenis Migrain :

1. Serangan angin hati
2. Ketidakseimbangan "Qi"
3. Hormon tidak stabil
4. Angin

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

WATCH MORE VIDEO HERE!!

 

 

 
toleherba
By Aen.