toleherba

Herba Kayap

Cure Kl Cure Malaysia  

Herba KAYAP (shingles)

Kayap atau shingles juga dikenali sebagai "demam lepuh", ia adalah disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster.Ia akan membentuk gelembung yang berisi cecair dan biasanya menyerang bahagian bibir,hidung,pipi dan bahagian lain tubuh secara berkelompok.Kayap ini sangat mudah berjangkit dan selalunya akan meninggalkan kesan apabila sudah sembuh.Bagi golongan dewasa penyakit ini tidaklah begitu serius tetapi akan bertukar serius jika terkena kepada bayi yang baru lahir dan sekiranya tidak dirawat segera boleh membawa maut.

Tanda-tanda dan Gejala Kayap.

 

  • Kulit akan mulai di tumbuhi oleh tompok-tompok merah berisi cecair secara berasingan atau berkelompok dalam tempoh sehari.
  • Lepuh ini biasanya sangat sakit.
  • Mudah menjangkiti orang lain apabila lepuh pecah
  • Lepuh akan kering dan berkeruping.
  • Badan akan terasa sakit dan sengal-sengal kadangkala boleh mengakibatkan demam.
  • Sekiranya di jangkiti perlu cuba mengawal agar tidak menjangkiti mata. Sekiranya ini terjadi bahagian kornea yang terkena jangkitan akan menjadi kelabu dan mata akan menjadi kabur buat selama-lamanya.
  • Kulit akan terasa gatal dan berdenyut.

    Virus ini boleh merebak melalui:

    Т Sentuhan
    Seseorang akan dijangkiti kayap secara langsung apabila terkena lepuh yang pecah atau melalui ciuman. Bagi bayi virus boleh dipindahkan semasa kelahiran berlaku sekiranya ibu menghidap herpes di bahagian kemaluan atau pangkal rahim.

    Sekiranya mata mengalami lepuh pelbagai komplikasi akan timbul antaranya konjunktivitis,ulser kornea dan keradangan otak.

    Pendedahan kepada cahaya matahari,haba dan angin juga boleh mencetus kepada berlakunya lepuh.Faktor lain berlakunya lepuh adalah apabila badan mengalami tekanan yang berlebihan, insomia, selsema atau demam.Namun ianya juga boleh dihidapi tanpa berlakunya keadaan seperti diatas.

 

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

WATCH MORE VIDEO HERE!!

 

 

 
toleherba
By Aen.