toleherba

Herba Dimentia (Nyayuk)

Cure Kl Cure Malaysia  

Rawatan DIMENTIA (NYANYUK/LUPA)

Masalah Dimentia sering dikaitkan dengan orang yang agak berusia. Dimentia atau nyanyuk adalah masalah yang berkaitan dengan fungsi otak dan masalah ini juga berisiko dihidapi oleh golongan muda dan kanak-kanak.

Dimentia bermaksud kemerosotan daya pemikiran. Punca individu menghidap dimentia adalah disebabkan proses penuaan. Proses kematian sel-sel otak menyebabkan otak mula mengecut dan sekiranya proses ini lebih cepat terjadi maka seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap dimentia. Dimentia juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti angin ahmar, alzheimer dan parkinson. Penyakit-penyakit ini sering dikaitkan dengan dimentia kerana ianya melibatkan fungsi otak.

Kekurangan vitamin dan hormon juga boleh menyebabkan dimentia berlaku seperti kekurangan vitamin B12 dan hormon tiroid.

TANDA-TANDA penghidap dimentia

Pengidap dimentia mengalami hilang ingatan atau lupa walaupun peristiwa ataupun perkara yang baru berlaku. Namun mereka masih mampu untuk mengingati perkara-perkara yang lebih lama. Walaupun mampu mengingati perkara lama namun keadaan ini juga lama kelamaan akan hilang dari ingatan mereka.

Perubahan ketara yang dapat dilihat melalui pergerakan mereka. Pergerakan mereka semakin lemah dan perlahan. Perkara yang biasa dihadapi oleh golongan ini ialah kegagalan dalam mengawal pembuangan air kecil dan besar menyebabkan mereka membuang air di merata-rata tempat. Dalam masyarakat kita fenomena ini dianggap nyanyuk yang biasa dialami oleh golongan yang telah berusia. Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh kemerosotan fungsi otak. Otak mulai mengecut hingga menyebabkan otak gagal berfungsi dengan sempurna.

Penghidap dimentia mengalami kehilangan pengetahuan asas dan hilang rasa malu. Mereka mengalami masalah pertuturan dan tahap kefahaman juga semakin berkurangan.

 

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

 

 

 
toleherba
By Aen.