Herba Asma / Lelah
Herba - Penyakit Asma Atau Lelah. Asma atau lelah merupakan penyakit yang boleh di anggap sebagai penyakit kronik. Ianya boleh menyebabkan kematian, jika tindakan cepat tidak diambil semasa serangan berlaku.
|
Tanda-Tanda Penghidap Asma atau Lelah
- Kesukaran Untuk bernafas.
- Sering batuk.
- Pernafasan menjadi pendek dan berbunyi.
Faktor yang memburukkan keadaan Penghidap Asma
- Alahan kepada habuk.
- Bulu binatang seperti kucing.
- Debunga
- Asap.
- Senaman yang tidak teratur.
- Bebanan kerja.
- Tekanan perasaan.
- Alahan Ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin.
- Pencemaran udara termasuk pendedahan kepada bahan kimia.
Sebagai contoh adalah asicynates yang di gunakan dalam industri plastik dan pengecatan.