toleherba
Cure Kl Cure Malaysia  

Soalan

Rawatan Akupunktur telah wujud sejak 5000 tahun yang lalu di negeri China, apakah perbezaan antara rawatan akupunktur dahulu dan sekarang?

Jawapan

Perbezaan yang terdapat antara rawatan akupunktur pada zaman dahulu dan sekarang ialah pada zaman dahulu iaitu zaman yang di kenali sebagai zaman batu, alat yang di gunakan sebagai alat akupunktur ialah daripada batu. Batu-batu ini di panaskan dan di balut dengan kulit binatang dan di tekankan pada tempat-tempat tertentu di badan. Kemudian mengikut peredaran zaman jarum tulang dan jarum buluh mula di gunakan sebelum jarum logam dicipta.

Di awal penggunaan jarum logam, jarum-jarum ini bersaiz besar dan ini merupakan salah satu sebab mengapa rawatan ini sukar berkembang walaupun mempunyai pakar dalam bidang ini. Pesakit merasa takut untuk mendapatkan rawatan kerana bimbangkan kaedah rawatannya menggunakan jarum yang bersaiz besar. Namun kini jarum akupunktur telah berubah, sekarang jarum yang di perbuat daripada stainless steels telah di perkenalkan dan bersaiz kecil dan halus. Jarum yang bersaiz besar itu masih di gunakan pada 15 tahun dahulu namun kini ianya hanya untuk tujuan rawatan kepada binatang.

Jarum-jarum halus ini di perbuat daripada stainless steels dan 6 campuran logam yang lain. Ia boleh di gunakan berulang kali bagi penyakit-penyakit biasa seperti stroke, autistic (gila esen), migraine dan penyakit lain selain daripada penyakit yang di sebabkan oleh virus atau seperti penyakit kulit dan hepatitis. Jarum-jarum ini kemudiannya akan di sambung kepada mesin elektrik untuk membenarkan aliran tenaga ke seluruh badan melalui titik-titik akupunktur tertentu secara teratur.

Soalan

Apakah kaitannya titik-titik tersebut kepada penyakit yang di deritai oleh seseorang?

Jawapan

Ilmu perubatan tradisional China percaya bahawa terdapat lebih 2000 titik akupunktur pada badan manusia di mana ia akan berhubung dengan 20 aliran meridien (14 aliran meridien yang terbesar dan 6 aliran tambahan). Aliran meridien ini akan mengalirkan tenaga ""Qi"" (sebutan 'chi'), di antara permukaan dan dalaman badan. Setiap titik mempunyai kesan yang berbeza di setiap "Qi" yang melepasinya. Dengan perbezaan kombinasi ini ia akan memberi kesan dan perubahan yang berbeza. Terdapat 2 aliran yang penting yang di kenali sebagai "ren". Satu terdapat di bahagian hadapan badan  yang berfungsi untuk mengawal aliran tenaga dan pernafasan dan satu lagi di bahagian belakang iaitu berfungsi untuk mengawal urat saraf. Selain 2 aliran ini terdapat 12 aliran meridien  yang lain yang berfungsi mengawal bahagian kanan dan kiri badan dan menghubungi organ-organ lain dalam badan.

"Qi" dapat membantu mengatur keseimbangan di dalam badan. Ia adalah pengaruh dari kuasa bertentangan yin dan yang, di mana ia menggambarkan kuasa serta tenaga positif dan negatif yang terdapat di dalam badan manusia serta di alam semesta. Pakar akupunktur percaya dengan menahan keseimbangan yin dan yang, ia akan membenarkan aliran normal dari "Qi" ke seluruh badan dan menyimpan di minda dan terus ke badan.

Soalan

Apakah fungsi jarum-jarum ini semasa rawatan akupunktur dijalankan?

Jawapan

Fungsi jarum-jarum ini adalah untuk membantu aliran tenaga ke titik-titik akupunktur dengar teratur. Semasa proses permulaan, jarum ini akan di cucuk ke titik-titik akupunktur tertentu dan sambungan wayar ke mesin elektrik akan di lakukan seterusnya aliran tenga akan mengalir ke seluruh badan melalui titik-titik akupunktur tadi. Sebagai contoh aliran meidien LI4 mempunyai hubungan dengan usus besar. Sekiranya pesakit menghadapi masalah di bahagian ini jarum akan di cucuk ke titik tersebut untuk membenarkan aliaran tenaga berlaku dan masalah akan dapat di atasi.

Soalan

Adakah jarum-jarum ini akan memberi kesan kepada pesakit setelah menjalani rawatan?

Jawapan

Kebisaannya, setelah menjalani rawatan akupunktur ini ada pesakit yang akan merasa sedikit keletihan, sesetengah pesakit tidak merasa apa-apa dan ada yang merasakan stamina mereka bertambah. Ini bergantung kepada rawatan yang di berikan dan penyakit yang di hidapi. Bagi pesakit insomia, kebiasaannya mereka akan merasa sedikit keletihan dan ini membolehkan mereka berehat dan memenangkan fikiran.

Soalan

Biasanya apakah jenis penyakit yang paling berkesan sekali untuk mendapatkan rawatan akupunktur ini?

Jawapan

Rawatan untuk penyakit seperti migrain, alahan, barah, buah pinggang, buasir, darah tinggi, gastrik, hiperaktif, kencing manis, lumpuh (stroke),lenguh sendi, mandul (tidak boleh mengandung), sakit pinggang (slip disc), masalah tulang, rambut gugur dan masalah beruban pada usia muda, menguruskan badan, parkinson (keadaan yang bergoyang seperti Mohd Ali), penyakit kanak-kanak seperti autistic, kecacatan otak dan air dalam kepala), hepatatis, radang hati dan pelbagai lagi penyakit lain.

Soalan

Berapa lamakah seseorang pesakit itu perlu menjalani satu-satu rawatan dan tempoh masa yang di ambil untuk mendapatkan kesan kepada penyakit tersebut?

Setiap penyakit dan setiap orang mempunyai rawatan dan tempoh masa yang berbeza. Ia bergantung kepada penyakit, tahap kesihatan organ lain dan tempoh berapa lama penyakit itu telah di hidapi. Contohnya migrain, bagi sesetengah pesakit dengan hanya sekali rawatan sahaja penyakit tersebut telah sembuh dan mungkin ianya mengambil masa 5 atau 6 kali bagi sakit yang sama tetapi berlainan pesakit. Oleh sebab itu ia bergantung kepada beberapa faktor yang telah di sebutkan tadi. Saya (Chinese Master) pernah merawat baru-baru ini dalam bulan Jun (2003) seorang pesakit yang menghidap kanser hati peringat ke 4 (Puan Ng). Dia menjalani rawatan selama 6 minggu dan dari hari ke sehari perubahan dapat dilihat. Selepas menjalani rawatan di sini selama 6 minggu, kita menyarankan agar membuat imbasan (scan) di hospital yang merawat dia dahulu. Keputusan dari imbasan itu menyatakan bahawa dia telah sembuh sepenuhnya. Oleh sebab itu rawatan akupunktur ini bergantung kepada tahap kesihatan pesakit itu sendiri.

Soalan

Kata orang kalau kita menjalani rawatan alternatif, mereka tidak dibenarkan untuk menjalani rawatan doktor. Adakah perubatan secara akupunktur juga mempunyai larangan tersebut?

Jawapan

Salah konsep tersebut. Pada konsep Saya (Chinese Master) sekiranya pesakit menerima dan masih mengambil ubat-ubatan doktor, mereka juga boleh menerima rawatan akupunktur. Tetapi jarak masa pengambilan ubat mestilah berbeza sekurang-kurangnya 2 hinga 4 jam selepas mengambil mana-mana ubat. Ini kerana bagi pesakit seperti darah tinggi sekiranya bacaan tekanan darah terlalu tinggi dan berhenti secara mendadak ia akan memudaratkan atau pesakit juga boleh mengalami stroke. Sekiranya telah menjalani rawatan akupunktur kita akan memberi ubat herba secara berperingkat dan pesakit juga boleh meninggalkan ubat doktor juga secara berperingkat mengikut keadaan kesihatan dan tekanan darah dari masa ke semasa.

Biasanya ke dua-dua ubatan ini dibenarkan dalam rawatan akupunktur bergantung kepada tahap kesihatan pesakit itu. Di ICU (Pusat kawalan rapi) bagi pesakit koma mereka masih boleh menjalani rawatan akupunktur dengan kebenaran doktor. Saya (Chinese Master) juga pernah memberikan rawatan akupunktur kepada pesakit yang sedang di berikan rawatan oleh Neuro Sergeon. Ini berlaku semasa proses mengeluarkan tiub dari otak untuk membuang darah beku. Pada masa yang sama saya memberikan rawatan akupunktur dan pengalaman yang saya ada dalam memberikan rawatan kepada pesakit  di ICU ialah melebihi 15 tahun.


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

WATCH MORE VIDEO HERE!!

 

 

 
toleherba
By Aen.