toleherba

Herba Sindrome Asperger

 

Cure Kl Cure Malaysia   Herba Untuk Sindrom Asperger

Penghidap sindrom asperger mempunyai ciri yang pelbagai dari peringkat sederhana kepada tahap yang serius. Biasanya penghidap asperger sindrom ini mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu perubahan dan lebih sukakan kepada rutin yang sedia ada. Keadaan ini memberi kesan kepada pergaulan dan kesesuaian dalam bermasyarakat. Mereka bersikap lebih peka dan sensitif kepada bunyi, rasa, bau dan cahaya dan keadaan ini boleh menggangu mereka.

Kebanyakan tabiat dan perlakuan mereka berbeza dengan normal, ini adalah di sebabkan kelainan neurological dan bukan disengajakan. Sesetengah orang akan beranggapan kelakuan mereka ini adalah kurang ajar atau mendapat didikan yang salah namun masyarakat harus memahami bahawa penghidap sindrom asperger ini mempunyai pandangan yang berbeza sama sekali dengan kita yang normal. Oleh sebab itu tindakan mereka dianggap luarbiasa bagi kita yang normal.

Penghidap sindrom asperger ini biasanya mempunyai tahap IQ yang sama dan kebanyakannya (tidak semua) mempunyai bakat dalam bidang tertentu.Kebanyakan mereka bersikap lurus bendul dan mempunyai masalah dalam pragmatik dan paradoks. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam penggunaan perbendaharaan,ini memberi kelebihan kepada mereka namun ia juga boleh menjadi masalah apabila bergaul dalam masyarakat kerana mereka sukar mengendalikan bahasa dalam kontek kemasyarakatan.



Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

Berapa Tinggikah Tahap Kesedaran Autism Anda?

 

Dapatkan Panduan Mengenai "Eczema Cure" di Sini!

 

 
toleherba
By Aen.