toleherba

Pusat Perubatan Akapunktur dan Herbal.

Cure Kl Cure Malaysia  

Akupunktur adalah satu daripada perubatan yang tertua didunia yang sering digunakan bagi  menyembuhkan penyakit.  Ditemui di China pada 5000 tahun yang lalu, dan hanya selepas 3 dekad ia menjadi salah satu daripada perubatan yang terkenal di seluruh dunia. 

Akupunktur adalah kaedah memasukkan jarum halus, mendorong kuasa elektrik untuk berhubung ke permukaan badan secara teratur serta mempengaruhi fungsi fisiologi ke seluruh tubuh badan.Ilmu perubatan Tradisional Cina percaya bahawa terdapat lebih 2000 titik akupunktur pada aliran tubuh manusia, di mana ia akan berhubung dengan 20 aliran (14 aliran terbesar dan 6 aliran tambahan) yang di panggil meridian.

Meridian akan mengalirkan tenaga atau ""Qi"" (sebutan "chi") di antaranya permukaan badan dan dalaman badan. Setiap titik mempunyai kesan yang berbeza di setiap "Qi" yang melepasinya. Dengan perbezaan kombinasi ini ia akan memberi kesan dan perubahan yang berbeza.

"Qi" dapat membantu mengatur keseimbangan di dalam badan. Ia adalah pengaruh dari kuasa bertentangan yin dan yang, di mana ia menggambarkan kuasa serta tenaga positif dan negatif yang terdapat di dalam badan manusia serta di alam semesta.Akupunktur percaya dengan menahan keseimbangan yin dan yang, ia akan membenarkan aliran normal dari "Qi" ke seluruh badan dan menyimpan tenaga di minda dan terus ke badan. Ia juga biasa disertakan dengan ubatan herba.


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

WATCH MORE VIDEO HERE!!

 

 

 
toleherba
By Aen.