toleherba

Herba Keguguran Rambut

Cure Kl Cure Malaysia  

Herba Keguguran Rambut

Rambut merupakan mahkota kecantikan seseorang terutama kaum wanita. Masalah keguguran rambut adalah masalah serius bagi mereka yang menitik beratkan soal kecantikan.Kesihatan kulit kepala sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut.Androgenetik alopesia merupakan masalah keguguran rambut yang kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita.Bagi kaum lelaki masalah keguguran rambut ini sering diakitkan dengan hormon testosterone dan melebihi 70 peratus kaum lelaki sensitif dengan hormon ini.

Androgenetik alopesia adalah berkaitan dengan tahap hormon dan faktor genetik yang diwarisi dari ibu atau bapa.Biasanya fenomena ini melibatkan lelaki dan wanita di usia 40 tahun ke atas.

Alopecia areata adalah penyakit auto imun iaitu melibatkan serangan dari sel darah putih keatas folikel rambut.Folikel rambut akan menjadi semakin mengecil dan menyebabkan rambut baru yang tumbuh mulai berkurangan.

Punca-punca keguguran rambut berlaku:
- Faktor genetik
- Tekanan yang melampau
- Pemakanan dan diet yang salah
- Gangguan hormon dalam badan
- Ubatan-ubatan
- Masalah kesihatan seperti sakit jantung,menopause dan lain-lain.


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

WATCH MORE VIDEO HERE!!

 

 

 
toleherba
By Aen.