toleherba

Herba Kencing Manis

 

Cure Kl Cure Malaysia  

Apa itu kencing manis

Kencing manis atau diabetes mellitus adalah keadaan di mana didalam air kencing terdapat glukos (gula). Ini di sebabkan oleh glukos dalam darah tidak dapat dicernakan dan di keluarkan melalui air kencing. Punca ini terjadi adalah kerana kekurang penghasilan insulin, kurang keberkesanan insulin atau kedua-duanya sekali.

Malaysia merupakan negara keempat tertinggi di Asia mempunyai penghidap kencing manis. Secara purata lebih daripada 800,000 telah menghidap penyakit ini dan jumlah ini di jangka akan bertambah dari setahun ke setahun.

Kencing manis ini juga terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :

Diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent)

  • Di kenali sebagai kencing manis peringkat remaja kerana ianya di hidapi oleh golongan yang lebih muda antara 10-16 tahun.
  • Biasanya penghidap tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes dan terjadi dengan begitu cepat.
  • Pesakit juga akan mengalami tanda atau gejala yang serius.

Perlu menerima suntikan insulin dengan teratur dan boleh membawa maut sekiranya tidak menerima suntikan.Ini kerana penguraian sumber tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones. Ketones merupakan asid molekul yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel berfungsi.Sel beta kelenjar pankreas merupakan satu-satunya sel yang menghasilkan insulin untuk proses penghadaman glukos kepada tenaga.Apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel ini maka penghidap diabetes boleh menemui maut.

Golongan yang berisiko mendapat kencing manis jenis ini ialah:

  • Serangan imunisasi sendiri
  • Genetik
  • Alam sekeliling

 

Diabetes bebas insulin

  • Di kenali sebagai kencing manis peringkat permulaan dewasa kerana ianya terjadi pada peringkat umur 35 tahun keatas.
  • Biasanya penghidap mempunyai sejarah keluarga yang juga penghidap diabetes.
  • Terjadi secara perlahan-lahan di sebbakan insulin yang di hasilkan oleh badan tidak mencukupi menyebabkan glukosa dalam darah meningkat.
  • Biasanya di kesan secara kebetulan atau selepas terjadinya komplikasi.

Kebiasaanya ini berlaku apabila sel kelenjar pankreas gagal menampung kadar insulin dalam yang diperlukan badan. Faktor lain adalah usia lanjut, gemuk, terencat ketahanan glukos, keturunan dan bangsa (genetik) dan kurang bersenam.

Tanda-tanda awal dan gejala

  • Kerap membuang air kecil
  • Sering dahaga
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Berat badan menurun
  • Penyembuhan luka yang sangat perlahan.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

 

 

 
toleherba
By Aen.