toleherba

Herba Asma / Lelah

Cure Kl Cure Malaysia  

Herba - Penyakit Asma Atau Lelah.

Asma atau lelah merupakan penyakit yang boleh di anggap sebagai penyakit kronik. Ianya boleh menyebabkan kematian, jika tindakan cepat tidak diambil semasa serangan berlaku.


Asma ialah serangan pada salur pernafasan yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas, nafas tersekat-sekat dan berbunyi. Ianya terjadi kerana berlaku penyempitan pada saluran cabang tenggorok di peparu. Apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada peparu menjadi kejang dan berlakunya penyempitan ruang udara, serangan asma akan berlaku dan akan bertambah buruk sekiranya penghidap asma mengalami batuk dan berkahak. Kesukaran untuk membenarkan udara keluar masuk akibat penyempitan ruang udara ke peparu boleh mengakibatkan pesakit pengsan dan juga boleh mengakibatkan kematian.

Tanda-Tanda Penghidap Asma atau Lelah

 

  • Kesukaran Untuk bernafas.
  • Sering batuk.
  • Pernafasan menjadi pendek dan berbunyi.

 

Faktor yang memburukkan keadaan Penghidap Asma

  • Alahan kepada habuk.
  • Bulu binatang seperti kucing.
  • Debunga
  • Asap.
  • Senaman yang tidak teratur.
  • Bebanan kerja.
  • Tekanan perasaan.
  • Alahan Ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin.
  • Pencemaran udara termasuk pendedahan kepada bahan kimia.

Sebagai contoh adalah asicynates yang di gunakan dalam industri plastik dan pengecatan.


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

 

 

 
toleherba
By Aen.