toleherba

Herba Awet Muda

Cure Kl Cure Malaysia  

Masalah Wanita Dan Penyelesaian

Kerukunan rumahtangga yang dibina atas dasar kasih sayang harus di pupuk untuk menjadikan rumah tangga aman dan damai. Namun ada di kalangan kita yang menghadapi masalah dalam melayani kehendak batin pasangan masing-masing, yang boleh membawa kepada kehancuran rumah tangga. Keadaan di mana seseorang wanita bersikap dingin, acuh tak acuh di kenali sebagai frigiditi. Masalah lain yang sering membelenggu kaum wanita ialah masalah senggugut, ketidaksuburan dan rahim sejuk.

Ada di antara kaum wanita merasa curiga terhadap kaum lelaki dan bertangapan bahawa kasih sayang suami sudah berubah. Ini juga merupakan faktor di mana keinginan seks di kalangan wanita yang mempunyai perasaaan ini akan menurun. Sesetangah wanita merasai kehamilan adalah sesuatu perkara yang menakutkan, dan ini menyebabkan mereka takut untuk melakukan persetubuhan dan takut mengalami luka pada alat kelamin. Bagi wanita yang pernah di rogol atau melakukan persetubuhan secara paksa kebiasaannya akan mengalami trauma atau mempunyai perasaan yang kurang senang dengan seks. Perasaannya yang benci pada kaum lelaki dan juga mempunyai tanggapan yang negatif mengenai seks. Jika perasaan ini di biarkan berterusan ia boleh membawa kepada gangguan mental dan jiwa.

 

HERBA - AWET MUDA

Kecantikan dan wanita tidak boleh dipisahkan. Ada dikalangan wanita yang begitu teliti dan amat menitik berat soal kecantikan, penjagaan dan ketrampilan selepas melahirkan anak adalah dianggap penting. Ada di kalangan wanita yang tidak sanggup hamil dan melahirkan anak di sebabkan kerisauan akan mengalami perubahan bentuk badan yang mendadak seperti pertambahan berat badan dan badan akan berbentuk boyot.

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, bagi setiap wanita yang melahirkan akan perubahan bentuk badan akan berlaku begitu juga dengan bahagian sulit. Bagi wanita yang telah melahirkan anak bahagian kelamin biasanya mengembang. Ada sesetengah wanita selepas melalui beberapa kelahiran nafsu seks mereka semakin berkurangan. Hal ini terjadi kerana kesukaran mencapai orgasme ketika bersama pasangan ataupun perasaan takut untuk hamil kali keseterusnya. Bagi si suami, dia akan merasa kurang senang dan tidak mendapat kepuasan yang diingini.

 

HERBAL - Ketidaksuburan/Mandul

Masalah besar yang di hadapi oleh pasagan berumah tangga adalah masalah ketidaksuburan atau mandul. Masalah ini merupakan masalah yang boleh dikatakan serius bagi sesetengah pihak kerana keinginan untuk mempunyai zuriat. Rawatan akupunktur merupakan salah satu rawatan yang berkesan dan mampu mengembalikan tenaga pada badan di samping memulihkan masalah yang dihadapi. Master mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini disamping kajian-kajian yang di lakukan. Rawatan akupunktur dan akar kayu(herba) di sini mampu mengembalikan kebahagiaan anda.

Di antara sebab mengapa penghidap penyakit ini menghadapi masalah kemandulan atau ketidaksuburan ini ialah ianya boleh merosakkan kilang telur dan menyebabkan benih tidak dapat keluar dan kemungkinan lain ialah kerosakan pada saluran fallopia yang menyebabkan benih lelaki tidak dapat masuk bertemu dengan telur perempuan. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang menyebabkan kematian benih dan telur atau embrio dan seterusnya akan mengganggu hormon yang mengawal kesuburan wanita. Namun ada juga wanita yang menghidap penyakit ini didapati mengandung.

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

 

 

 
toleherba
By Aen.