toleherba

Herba Hepatitis

Cure Kl Cure Malaysia  

HERBA HEPATITIS

Hepatitis adalah peradangan pada hati, terdapat beberapa jenis iaitu Hepatitis A, B, C dan E. Bagi penghidap Hepatitis A mereka tidak perlu bimbang kerana ia tidak merbahaya dan biasanya tidak berlarutan ke tahap yang kronik. Berbeza dengan penghidap Hepatitis B dan C, ini kerana penyakit ini boleh bertukar menjadi lebih teruk dan serius sehingga ke tahap barah.

 

Bagi setiap jenis cara ia merebak adalah berbeza iaitu bagi penyakit Hepatitis A dan E, ia merebak atau faktor penyebab jangkitan adalah melalui makanan atau minuman yang tercemar. Bagi Hepatitis B dan D melalui darah yang tercemar (perpindahan darah) dan hubungan kelamin, namun bagi Hepatitis D ianya akan berlaku bagi penghidap yang telah mendapat Hepatitis B manakala Hepatitis C di jangkiti melalui darah yang tercemar dan hubungan kelamin. Namun Hepatitis C jarang berlaku berbanding Hepatitis A dan B.

Penyakit ini akan menyerang bahagian hati dan hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh badan manusia. Hati mempunyai sel-sel yang boleh 'regenerate' sekiranya sebahagian dari hati di buang namun ia tidak boleh pulih kembali sekiranya tekanan yang berlebihan diberikan dan keadaan ini di namakan cirrhosis. Hati bertindak sebagai penapis dan menapis lebih dari satu liter darah setiap minit dan bertindak sebagai agen pembersih dan membuang toksin yang masuk ke dalam badan. Hati juga memainkan peranan penting dalam proses lain dalam badan iaitu semasa proses penukaran makanan kepada tenaga, protein dan otot-otot, pengeluaran hormon, proses pembekuan darah, pembentukan darah (semasa dalam kandungan), penyimpanan vitamin dan mineral dan juga proses pebentukan dan pembuangan kolesterol dan lemak.

Hati merupakan organ badan yang penting dan boleh di anggap sebagai mesin, kerosakan pada hati kebiasaannya sukar di kesan sehinggalah pada satu tahap yang teruk. Pada satu keadaan di mana proses cirrhosis telah berlaku dan pada keadaan ini proses penapisan toksin tidak akan sempurna. Jika keadaan ini berlaku maka pengumpulan toksin dalam badan akan berlaku dan seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit lain. Antaranya tekanan darah tinggi, lupa dan kesan yang paling kronik adalah apabila saluran darah membesar dan dinding saluran darah menipis.Ini di sebabkan oleh perjalanan darah dari usus ke hati menjadi perlahan. Jika semakin kuat tekanan yang di berikan kemungkinan saluran darah ini akan pecah dan menyebabkan pendarahan dalam perut. Antara kesan lain dari proses cirrhosis ini ialah penghidap akan merasa:-

 

  • hilang selera makan
  • letih dan tidak bermaya
  • pening dan muntah
  • Kulit dan mata putih kelihatan kuning
  • Ketidak selesaan pada perut seperti angin, sembelit dan ketidak hadaman makanan
  • Air kencing gelap atau kotor
  • Najis berwarna cerah
  • Mudah berlaku bengkak pada bahagian tertentu di badan
  • Masalah ketika haid

 

 


Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

 

 

 
toleherba
By Aen.