toleherba ToleHerba

Kaki Resah

Cure Kl Cure Malaysia  

Herba Sindrom Kaki Resah (Restless Legs Syndrome)

Keadaan ini biasanya berlaku kepada semua orang namun pada satu peringkat yang boleh di anggap serius mereka tidak mampu untuk duduk diam untuk satu tempoh yang lama. Mereka akan merasa tidak selesa dan merasakan perlu menggaru atau menggerakkan kaki atau tangan. sindrom ini biasanya berkala dan akan memberi gangguan atau masalah untuk tidur kepada penghidapnya.

Tanda-tanda Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS)

Si penghidap akan merasa sesuatu yang "merayap" pada anggota tangan atau kaki terutama sewaktu berbaring. Tetapi ini merupakan perasaan yang di alami oleh mereka yang menghidap sindrom ini. Rasa "merayap" itu akan lenyap apabila kaki atau tangan digerakkan.

Masalah ini akan menggangu aktiviti harian mereka apabila perlu untuk duduk diam di sesuatu tempat seperti sedang menghadiri mesyuarat, didalam kereta, tempat awam dan lain-lain.

Siapa yang mengalami Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS)

Semua orang boleh mengalami sindrom ini. Tiada sebab yang jelas kenapa perkara ini boleh berlaku. Sindrom ini akan datang dan hilang dengan sendiri. Namun perkara yang sering di kaitkan dengan sindrom kaki resah ini ialah bagi mereka yang hamil. Dianggarkan lebih dari 5 hingga 10 peratus akan mengalami keadaan ini di sepanjang hidup mereka.

Punca Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS)

Walaupun tiada alasan yang jelas kenapa ianya terjadi, beberapa keadaan di katakan mampu mencetuskan masalah Sindrom Kaki Resah ini antaranya:

- Pengaliran darah yang lemah pada kaki dan tangan.
- Bagi mereka yang menghidap anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- Masalah kesihatan seperti masalah saraf dan buah pinggang serta kekurangan vitamin dalam badan.

Cara hidup juga mempengaruhi sindrom ini seperti perokok, pengambilan minuman berkafin, bekerja atau melakukan aktiviti yang melampau hingga menyebabkan keletihan, pengambilan ubat yang tidak teratur dan juga faktor persekeliling iaitu cuaca yang terlalu panas atau sejuk.

 

 

 

Lain-lain Pautan

 

Temubual akhbar bersama pakar akupunktur dan herba dari Kuala Lumpur mengenai rawatan akupunktur dan ubatan herba - The Star

WATCH MORE VIDEO HERE!!

 

 

 

 

toleherba ToleHerba
By : Ajil.Spct.